eKhairat

PERTUBUHAN KHAIRAT DAN PENGURUSAN KEMATIAN MASJID AT-TAQWA KOTA MASAI (PPM-034-01-28012020)

Terma & Syarat Keahlian
SYARAT-SYARAT DAN FAEDAH AHLI PERTUBUHAN KHAIRAT.
Hotline: 011 - 5785 3968 / 011 - 5785 3958

A) SYARAT-SYARAT
1. Kriteria keahlian Pertubuhan Khairat dan Pengurusan Kematian Masjid At-Taqwa adalah seperti berikut;
a) Ahli Biasa
Seorang warganegara / penduduk tetap (PR) lelaki atau perempuan beragama Islam yang berumur 21 tahun ke atas atau telah berkahwin dan bermastautin, bermukim, bekerja atau berniaga di dalam Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.

b) Ahli baru khas berumur 61 tahun dan ke atas
DIBENARKAN MENJADI AHLI KHAS namun tertakluk kepada syarat-syarat yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Tempoh bertenang (cooling period) dan TIDAK DINAMAKAN oleh anak-anak atau menantu yang telah atau akan menjadi Ahli Pertubuhan ini sebagai orang di bawah tanggungannya serta sumbangan hanya untuk dirinya dan pasangannya.

c) Ahli Bersekutu
Ahli Biasa yang pada asalnya tinggal / bekerja / berniaga di dalam kawasan pentadbiran Pertubuhan namun telah berpindah ke luar kawasan pentadbiran Pertubuhan tetapi masih mahu mengekalkan keahliannya dan terus membayar yuran tahunannya setiap tahun tanpa gagal.
2. Tanggungan
a) Ahli dikehendaki menyenaraikan nama ahli keluarga yang tinggal bersama atau di bawah tanggungannya yang terdiri daripada pasangan suami / isteri-isteri, anak-anak yang belum berkahwin dan ibubapa / mertua yang tinggal bersamanya tetapi bukan yang telah menjadi ahli pertubuhan ini.
3. Tempoh Bertenang (Cooling Period)
a) Ahli Biasa/Bersekutu yang membayar selepas tarikh tutup = Tiga Puluh (30) hari selepas tarikh bayaran yuran
b) Ahli Baru Biasa = Tiga Puluh (30) hari selepas tarikh diluluskan Pendaftarannya sebagai ahli
c) Ahli Baru Khas Umur 61 Tahun Ke Atas = Empat (4) bulan selepas tarikh kelulusan sebagai ahli
(JIKA berlaku kematian dalam Tempoh Bertenang ini, tiada apa-apa sumbangan diberikan kepada pemohon tersebut KECUALI kemalangan / bencana / mati mengejut dalam keadaan sihat, maka sumbangan akan diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Pertubuhan Khairat)

B) FAEDAH-FAEDAH
Apabila berlaku kematian kepada ahli atau tanggungannya, sumbangan akan diberikan dalam bentuk PENGURUSAN JENAZAH seperti berikut;-
a) Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu
1. Ringgit Malaysia Satu Ribu Tiga Ratus (RM1,300.00) sahaja bagi Ahli atau pasangannya (suami / isteri)
2. Ringgit Malaysia Satu Ribu Satu Ratus Lima Puluh (RM1,150.00) sahaja bagi anak-anak ahli yang berumur 20 tahun ke bawah dan belum berkahwin
3. Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh (RM250.00) sahaja bagi ibu bapa, ibubapa mertua atau anak bujang berusia 21 tahun ke atas
4. Ringgit Malaysia Satu Ratus (RM100.00) sahaja bagi ibu bapa, ibubapa mertua atau anak bujang berusia 21 tahun ke atas yang Tidak Tinggal Bersama
5. Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh (RM150.00) sahaja bagi pelawat atau saudara-mara yang meninggal di kediaman ahli.

b) * Ahli Khas Umur 61 Tahun Ke Atas yang baru mendaftar sebagai ahli,
1. Ringgit Malaysia Dua Ratus Lima Puluh (RM250.00) sahaja selepas tamat Tempoh Bertenang untuk tahun Pertama (1).
2. Ringgit Malaysia Empat Ratus (RM400.00) sahaja untuk tahun ke Dua (2)
3. Ringgit Malaysia Satu Ribu Satu Ratus Lima Puluh (RM1,150.00) sahaja untuk tahun ke Tiga (3) dan seterusnya

c) Kos pengurusan jenazah akan ditolak dari wang sumbangan Pertubuhan Khairat Masjid. Segala klim untuk tuntutan sumbangan hendaklah dituntut dari pihak Pengurusan Pertubuhan dalam tempoh TIGA PULUH (30) hari dari tarikh kematian, segala tuntutan perlu mengemukakan satu salinan Sijil Kematian yang sah dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan diserahkan kepada bendahari Pertubuhan Khairat dan Pengurusan Kematian Masjid At-Taqwa.  Jika Kos Pengurusan Jenazah melebihi jumlah sumbangan Khairat dan Pengurusan Kematian, maka Ahli / Waris perlu menampung segala kos tambahan tersebut.

d) Semua urusan jenazah termasuk memandikan, menyediakan kain kafan dan mengkafankan sehingga pengkebumian diuruskan oleh pihak Pengurusan Jenazah Pertubuhan Khairat dan Pengurusan Kematian Masjid At-Taqwa. Ahli hanya perlu menguruskan sendiri perkara berkaitan dengan laporan atau pendaftaran Polis dan permit pengkuburan dan pembayaran liang lahad tanah kubur dengan MBPG atau pengurusan pengkebumian di tempat/Kawasan lain (luar Kawasan pemastautin/tinggal)

e) Ahli / Waris digalakan melantik pihak Pertubuhan untuk menguruskan jenazahnya, keluarganya atau tanggungannya yang meninggal dunia. Jika ahli melantik pihak lain selain dari Pengurusan Pertubuhan Khairat Masjid ini, Ahli / Waris perlu mendapatkan persetujuan pihak Pengurusan Pertubuhan Khairat Masjid dan jika dipersetujui oleh pihak Pengurusan, potongan 50% daripada semua feadah-faedah ahli dipotong sebagai kos Pengurusan Pertubuhan.

Dengan persetujuan pembayaran yang telah dibuat (iaitu RM10 Yuran Keahlian, RM50 Yuran Tahunan = RM60.00), Saya dengan ini mengaku, mengisytiharkan dan mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami serta dengan rela hati menandatangani persetujuan ini dan menerima syarat-syarat yang termaktub di dalam Pelembagaan Pertubuhan dan/atau Undang-undang kecil pertubuhan ini. Sebarang perubahan dan pindaan adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat AJK dan/atau Mesyuarat Agong Pertubuhan.

* Tertakluk kepada syarat-syarat yang diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pertubuhan Khairat.
Tarikh Cetakan Terkini: 17/03/2026